Home » » Wanita Dihukum Gantung Sampai Mati

Wanita Dihukum Gantung Sampai Mati

Written By kall on Tuesday, April 15, 2014 | 1:03 AM


Harian metro1 Online

Wanita Dihukum Gantung Sampai Mati


Shah Alam: Mahkamah Tinggi, di sini, sebentar tadi menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang wanita selepas dia dan adik tirinya didapati bersalah membunuh ibu tiri mereka dua tahun lalu.

Namun, Hakim, Datuk Akhtar Tahir akan menentukan hukuman terhadap seorang lagi tertuduh yang berusia 16 tahun ketika kejadian pada 28 April ini selepas mahkamah mendapat laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Mengikut pertuduhan, tertuduh, Zahidah Ahmad, 27, bersama adik tirinya didakwa membunuh Tanziah Zainuddin, 72, dalam kejadian di Taman Sri Wangi, Kapar jam 5.30 petang, 14 Julai 2012.

Tertuduh bersama didakwa menekup muka mangsa sehingga lemas bagi mendapatkan barangan kemas milik ibu tiri mereka.

Foto
Zahidah (kiri) dijatuhkan hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh ibu tirinya. FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat


Kedua-dua tertuduh dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan - Hmetro Online


0 comments:

Post a Comment