Home » » Video: Remaja lelaki Melayu Maut Dibelasah Menggunakan Topi Keledar

Video: Remaja lelaki Melayu Maut Dibelasah Menggunakan Topi Keledar

Written By kall on Wednesday, April 9, 2014 | 12:51 AM


Harian metro1 Online

Video: Remaja lelaki Melayu Maut Dibelasah Menggunakan Topi Keledar

GEORGE TOWN: Seorang remaja lelaki maut dipercayai dipukul oleh sekumpulan lelaki di Ocean View, Sungai Pinang awal pagi tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Ameer Mustaqim Naharuddin , 19 tahun dari Jelutong, bekerja sebagai tukang cuci di Universiti Sains Malaysia (USM) parah dipukul di bahagian kepala menggunakan topi keledar. Dia mati ditempat kejadian .

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata, dalam kejadian jam 2.45 pagi itu, mangsa bersama tiga rakannya dipercayai berada di kawasan tepi pantai sebelum bertembung dengan sekumpulan lelaki yang turut berada di kawasan berkenaan.

“Si mati telah dipukul dengan topi keledar oleh sekumpulan empat hingga lima lelaki. Hasil siasatan, si mati dengan kawannya yang berusia sekitar 16 hingga 19 tahun, pergi ke kawasan sekumpulan lelaki berkumpul.  Tidak lama kemudian si mati telah diserang di bahagian kepala dan kumpulan  yang satu lagi telah melarikan diri dari tempat kejadian. Polis juga menemui beberapa tin arak dan visor  yang digunakan untuk memukul mangsa,” katanya.

Kes kini disiasat dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang melihat kejadian tersebut di minta menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Mayat mangsa dihantar ke hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

AL - FATIHAH

Seorang tukang cuci Universiti Sains Malaysia USM berusia 19 tahun ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah, di kawasan riadah Ocean View di Sungai Pinang, awal pagi tadi. Muka dan kepala cedera teruk

Watch more Malaysia videos on Frequency


0 comments:

Post a Comment