Home » » MH370: Maira Elizabeth ambil keputusan SPM tanpa ayah

MH370: Maira Elizabeth ambil keputusan SPM tanpa ayah

Written By kall on Thursday, March 20, 2014 | 5:39 AM


Harianmetro1.blogspot.com

MH370: Maira Elizabeth ambil keputusan SPM tanpa ayah

KUALA LUMPUR: Ramai yang seusia pasti sedang gembira atau sedih tentang keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka yang dikeluarkan pada hari ini.
Namun bagi Maira Elizabeth Nari, anak kepada Andrew Nari yang merupakan ketua pramugara yang bertugas dalam pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac, hanya inginkan ayah beliau kembali.
maira“Ramai yang pasti kecewa dengan keputusan mereka. Saya lebih risaukan ayah saya. Namun keputusan saya okay,” tulis gadis ini menerusi akaun Twitter beliau @Gorgxous_.
Setakat ini, ia menerima 196 ‘retweets’ dan 236 ‘Favorites’.
Guessing that other people is busy feeling disappointed about their results. I am more concern about my dad. However, my results is okay. :)
spm1
Terdahulu, beliau mengharapkan bahawa bapa beliau boleh berada di sisi untuk mengambil keputusan SPM bersama:
SPM results is coming out tomorrow, and was hoping that he’ll be back by then. But, that’s alright. He’s with me through my heart, & faith.
spm
Tweet dari Maira sering mendapat perhatian. Pada 16 Mac, tweet yang berkata bapa beliau tidak pernah terlepas peluang untuk menonton perlawanan Liverpool turut mendapat balas daripada kelab bola itu dan juga peminat-peminatnya di seluruh dunia.
g0bSsc4DMaira merupakan antara ahli keluarga yang aktif di laman media sosial untuk kongsi perasaan beliau. Akaun twitter beliau mula mendapat perhatiaan sejak hari pertama kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-anak-ketua-pramugara-ambil-keputusan-spm-tanpa-ayah-32198?cp


0 comments:

Post a Comment